About Me

My Photo
SSBN
www.slangsabah.org
View my complete profile

Chat bah kita :) Sambil dingar rediu online SLANGSABAH.FM


Lagu sekarang: Loading...
Sepa DJ?:
Bit rate:
Status server:
SlangSabah.FM
Tajuk Lagu sama Artis:
Nama betul atau samaran:
Email Kamurang:

Pengikut

Kami Punya Pelawat

Sunday, June 13, 2010

Slang Sabah Bah Ni.

Mungkin semua tau sudah.. Penubuhan slang sabah ni sudah lama sudah.. Nda sudah ingat kan mcm mana slang sabah dinamakan bermula dari BM Stail Sabah?

Okay SSBN ne ditubuhkan lama sudah, sejak zaman power rangers masih kuat lagi, masa tu ultraman masih sikit.. Ditubuhkan pada 12hb October 2009 oleh Danny Jimi. Masa tu, nama dia BM Stail Sabah bah ni.. Danny ni boring di Canada, jadi dia pun suka2 buat grup untuk cari kawan.. Masa tu masih sikit lah yang orang join.. lama2 jadi ramai.. Admin dia pun betukar-tukar sudah..

Cerita dia panjang bah, jadi kalau sia kasi cerita kamu kan memang nda habis ni.. sampai bisuk kita becerita pasal SSBN ja.. Okay banyak jua la aktiviti dibuat.. First skali tu Gathering pertama admin yang dibuat tanpa si danny.. di ranau tue time.. skali kanal2 sudah, diorang buat la aktiviti stakat di FB.. macam ucapan krismas, valentine dan banyak lagi.. Admin-admin ramai menginvite.. trus masa tue lawak tu di wallpost..

Tiba-tiba, gathering pertama dibuat di Jesselton Point. Masa tu lah saya first kanal dorang semua.. Si levy, Rex, Si Terry, Ceanary dan gengnya nino,leonard,ivian.. Trus dorang si Calvin, carole, nicole, kam apin dan ramai lagi.. Geng kodou Terbentuk selepas itu.. dibentuk time kami pg Double Up trus pg blue 8.. haha..

Jadi Geng kodou ni banyak aktiviti. Semata-mata untuk menghidupkan lagi SSBN, mengaktifkan lagi orang-orang di grup.. kami pg ranau, KB dan sampai kota marudu.. puas diround.. hehe.. Pas tue para admin buat t-shirt.. yang kamu nampak 2 kan.. ada logo munyit.. hehe..

tutup mata buka mata.. trus sampailah ke aktiviti pertama kami di Kota Marudu.. Projek Charity kami di kota marudu.. SSBN Marak Parak.. Di mana ramai peserta yang join la juga.. gabung sma Sabah charity.. DIadakan dua sesi, satu kumpulan pemantau.. di mana kami pg tingu2 di kampung tue.. check2 orang susah sana sma si Korom.. hehe pas tu ada team 2 lagi datang hantar barang makanan, sekolah dan lain pada 16.05.2010... si Danny Jimi pun terikut masa hari 2.. dan aktiviti itu berjaya memenuhi objektif sebenar penubuhan SSBN.

22.05.2010 menandakan satu lagi detik baru SSBN di mana gathering ke-2 Besar besaran dibuat di pantai tanjung aru di mana hampir 30 orang yang datang.. Ini adalah satu lagi aktiviti yang agak besar walaupun dibuat agak kelam-kabut.. tapi boleh dikatakan berjaya..
Dan ini menandakan ikatan SSBN adalah kukuh..

05.06.2010, satu sejarah dibuat apabila team admin dan beberapa regular telah dipanggil dengan misi mendaftarkan SSBN. Mesyuarat agung ini dibuat oleh Danny Jimi untuk registerkan SSBN.. Tujuan untuk team register SSBN adalah untuk menggalakan belia-belia Sabah untuk menderma dan membantu masyarakat-masyarakat luar bandar yang kurang bernasib baik. Team SSBN juga mau berkongsi pengalaman bagaimana SSBN mengubah hidup para admin dan regular2.. pengalaman bagaimana suatu persahabatan boleh terjalin menerusi Group SSBN ini..

Maka, jika anda yang blum join kami.. Ingin tau bagaimanakah pengalaman itu.. sertailah kami..!!

Thanx!
-melvin (ssbn ko-jangan)

1 comments:

NIZA.Ati said...

Bha, kalu mau kasi chantek ini blog, pigi tinguk sia punya bloh higoathrmarketing.blogspot.com
sia pakai template sama ni... ^^ Tp nda secantik personal blog sia la.. ^^

Post a Comment